Home AKRAB KADA

AKRAB KADA

CARTA ORGANISASI

JAWATAN NAMA PEGAWAI
PENGERUSI :Mohd Razif bin Abdullah
TIMBALAN PENGERUSI I : Nur Hayati binti Mohamed
TIMBALAN PENGERUSI II :Shazlan bin Sekari @ Shokri
SETIAUSAHA :Mohamad Syukri bin Jusoh
TIMBALAN SETIAUSAHA :Nor Salwana binti Zaini
BENDAHARI : Siti Radhiah binti Uda Shehor
BIRO JAWATANKUASA SOSIAL & PERHUBUNGAN : Mohamad Syawal bin Mohd Hasery
BIRO JAWATANKUASA KEBAJIKAN & EKONOMI :Ismalina binti Ismail
BIRO JAWATANKUASA LATIHAN & BIMBINGAN :Wan Nur Hasyila binti Wan Suleman
BIRO JAWATANKUASA PENERBITAN & PUBLISITI : Siti Salwani binti Mustapha
WAKIL PKJ BACHOK :Mohd Sharul bin Alias
WAKIL PKJ PASIR MAS :Baharudin bin Che Soh
WAKIL PKJ TUMPAT : Sha-Aladin bin Ab Razab
WAKIL PKJ KOTA BHARU UTARA :Aziana binti Abdul Aziz
WAKIL PKJ KOTA BHARU SELATAN : Rosdi bin Husain
WAKIL PKJ PASIR PUTEH :Zulkifli bin Dollah

PENGENALAN

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2005.

LATAR BELAKANG

AKRAB diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantara untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di Agensi. Di samping itu, ia juga sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

AKRAB membawa maksud AMANAH, KOMITMEN, RASIONAL, AKHLAK dan BESTARI yang menjadi aspek penting dalam pembentukan nilai peribadi seseorang rakan pembimbing. AKRAB KADA mula ditubuhkan pada 2009 dengan keahlian sehingga tahun 2022 adalah seramai 30 orang.

VISI DAN OBJEKTIF

  • Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia.
  • Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

MISI

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.
  • Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.

MATLAMAT AKRAB

  • Berkongsi ilmu dan pengetahuan.
  • Sokongan kepada perubahan.
  • Budaya kerja berpasukan.
  • Memperkuatkan semangat.
  • Berkongsi permasalahan.
  • Meneguhkan perubahan.

KEPERLUAN AKRAB DALAM ORGANISASI

  • Kesedaran mengenai KEBAJIKAN dan KEPERLUAN SOKONGAN dalam aspek PSIKOLOGI individu dalam organisasi.
  • Kesedaran dalam melihat kepentingan hubungan INTERPERSONAL dan kemahiran KOMUNIKASI berkesan untuk kesejahteraan organisasi.
  • Keadaan struktur organisasi melihat kepada penekanan aspek KESEJAHTERAAN MINDA dan PERSEDIAAN UNTUK BERUBAH amat diperlukan dalam organisasi.

PERANAN AKRAB

  • Membantu mengukuhkan budaya kerja positif & caring.
  • Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni.
  • Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah.
  • Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman.
  • Mewujudkan rasa keterikatan dan kerjasama (pihak A berbuat baik kerana ada B) dan.
  • Mewujudkan kelompok sokongan (buddy) kepada pegawai atasan.

FAEDAH AKRAB

  • Mewujudkan pekerja yang kompeten.
  • Mewujudkan suasana kerja yang harmoni.
  • Membantu mencari penyelesaian.
  • Pegawai atasan lebin empati kepada masalah kumpulan bawahan.

BAGAIMANA AKRAB MEMAINKAN PERANAN?

  • Memahami pengaruh rakan sekerja yang memainkan peranan penting dalam kehidupan individu.
  • Memahami bahawa individu lebih selesa untuk berbincang soal kehidupan dengan rakan sebaya lebih faham.
  • Memahami bahawa pertolongan rakan sebaya lebih diambil kira dan ia berlaku secara sukarela jika rakan sebaya menggunakan teknik membimbing yang berkesan.
  • Memahami peri pentingnya hubungan kemanusiaan dan persaudaraan dalam organisasi dapat mewujudkan suasana harmoni.