Home LATIHAN INDUSTRI

LATIHAN INDUSTRI

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) membuka ruang dan peluang kepada pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan juga swasta sama ada diperingkat sijil, diploma atau ijazah sarjana muda untuk menjalani latihan industri disini. Penempatan pelajar adalah tertakluk kepada kesesuaian bidang pengajian dan kekosongan di Bahagian/Unit di KADA. Sila rujuk fungsi bahagian di menu WARGA KADA untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi setiap bahagian di KADA.

Untuk permohonan latihan industri, pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut :

  • Surat permohonan menjalani latihan industri daripada Kolej / Universiti / institusi
  • Surat atau borang meklumbalas pengesahan terima menjalani latihan industri
  • Resume lengkap (Alamat semasa yang lengkap)

Skop bidang yang disediakan bagi menjalani latihan industri di KADA :

  • Pertanian
  • Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Maklumat
  • Mekanikal (Kejuruteraan loji/kenderaan lojistik pertanian/mekanisasi pertanian)
  • Elektrikal (Kejuruteraan elektrik dan sistem pam)
  • Pengurusan Sumber Manusia (Human Resources)
  • Perniagaan dan Perkhidmatan
  • Pengeluaran Makanan Industri Asas Tani

Sila emelkan maklumat berikut ke : latihan.kada@gmail.com